Tuesday, February 28, 2006

AKU, I, me. ANA

Ni lah AKU... orang kata aku ni special.... tp aku sama macam korang jugak... orang... bukan HaNtu atau MaLaikaT... handsome X aku????

Tuesday, February 21, 2006

Cyclone LaNd


Jam nie mak aku beli... buat kenangan tanah tumpah darah aku laH! Jam ni berbentuk Iowa, satu negeri kat US tu. Cantik jam ni... tapi jarum asalnya dah rosak. ni dah tukar yg lain.. pun dah rosak.. second hand bengkok masa mak aku tengok pagi tadi.. skrg tak jalan lah jarum tu..

Thursday, February 16, 2006

Kena Patuk..baru padan muka ko

Tengok aksyennye adik aku, si ayin tu... brani sangatlah main ular tu... Masa tu kat zoo negara.. dia tu kalau aku pegi trip mesti nak ikut.. Dia nak main ngan ular, mainlah... AKU?? Sorrilah... baik aku makan aiskrim.. lagi bagus!

Wednesday, February 15, 2006

Bestnyer... JaLan2 ke ZOO NeGaRa



Seronoknya pegi jalan2 ke zoo negara pada ari sabtu 4/2/06. Nasib baik puteri UMNO nak bawak kami.. kalau x asyik dok terperosok kat PDK je lah!

Monday, February 13, 2006

Sajak Mama Aku

Sececah Cahaya, Setitis Embun

28 Muharam 14 tahun lalu
Suami di sisi lahir anak sulungku
Tangisan bayi disubuh hari
Bayi comel anugerah Ilahi

NAZIM
Arranger... Adjuster
Begitulah tertera
Di buku panduan pilih nama

YA ALLAH
Anugerah MU sungguh murni
Nazim ku dakap seharum kasturi
Akan ku jaga pemberian MU ini
Tunjuklah jalan tunjukkan titi

Tetapi kata doktor anakku cacat
Tidakkan pulih ke akhir hayat
Janganlah kami menaruh harapan
Nazim sentiasa memerlukan bantuan

Hancur luluh rasa hati ku
Anak comel ku dikatakan begitu
Suami disisi terdiam kaku
Doktor yang arif, kami ni tak tahu

Boleh kah Nazim bermain muzik?
Suami ku bertanya kepada doktor
Usahlah mengharap gunung yang tinggi
Nazim tak boleh kata doktor

Pagi 14 September 97 kami ke NURY
Mencari bantuan menagih simpati
14 tahun umur anak kami
Dia belum boleh berdikari

Bermacam cara telah kami usahakan
Pediatrik, kardiologi, bermacam lagi
Nasihat mertua, ibu dan rakan
Yang belum hanya bomoh dan NURY

Sececah cahaya segunung harapan
Setitis embuh sebuah impian
Ilmu dan pengetahuan penyuluh jalan
Bimbinglah anakku wahai teman

Penggesek biola impian ayahanda
Pianist terkenal impian bonda
Namun impian dah lama terlayar di samudera
Berbual dengannya penawar segala


* sajak ini ditulis oleh mama pada bulan september tahun 1997

Thursday, February 09, 2006

Ayahanda dan Bonda Ku

Ni mak bapak aku.. masa raya tahun 2004 kat umah wan aku di JB. Masa raya salam.. tp slalu bergaduh.. ntahlah bincang ke, bertengkar ke... pada aku mcm gaduh jer... Tapi diorang ni kira orait lah ... i love them both

Foto adik2 & kucing


This is adik ku si panjang, Nawfal, si manja Nazrin dan musuh ketat aku si Meri ... kucing ni suka curi ikan goreng aku tau... gerrrammm!

Sajak Nazim

rintihan

tiada yang mengerti ... diri ini
tiada yang memahami ... hati ini
tiada yang tahu niat ku suci
ku mahu berkhidmat ku mahu berbakti

mengapakah ini balasannya
pengorbananku tidak dikira
khidmat bakti ku tidak direla
kesilapan ku saja yang ketara

apakah begitu suratannya
selagi manusia bernama manusia
dirinya saja yang dibela
tindas menindas perkara biasa?

Ya ALLAH
hanya pada MU ku pohonkan
hati ku minta ditabahkan
Kesabaranku minta ditingkatkan
keimananku minta dikukuhkan

berilah petunjuk berilah pedoman
buat bekalan penyuluh jalan
pohon rahmat dari MU Tuhan
kuatkanlah tekad kuatkanlah keyakinan

nazim
2 jun 1997
sri manjung